Wednesday, July 29, 2009

Ukhuwwah itu indah











Dalam kesempatan yang berharga ini,marilah kita merenungi sepotong hadis yang mempunyai erti besar dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim,apatah lagi bagi mereka yang melibatkan diri dalam harakah Islamiyyah.
عن أبي هربرة عن النبي صلى الله عليه وسلم أن رجلا زار أخاه في قرية أخرى فأرصد الله له على مدرجته ملكا,فلما أتى عليه, قال أين تريد,قال : أريد أخالي في هذه القرية,قال هل لك عليه من نعمة تربهاز قال :لا غير أني احيبته فى الله عز وجل قال : فاٍ ني رسول الله اليك بأن الله قد أحبك كما احيبته فيهز
(رواه مسلم _صحيح مسلم بشرح النووي , باب فضل الحب في الله تعالى – ج 16 ص123)

Maksudnya :
“Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w.:
Seorang lelaki menziarahi sahabatnya di sebuah kampung yang lain, lalu Allah memerintahkan seorang malaikat menunggunya di pertengahan jalan.Tatkala lelaki itu tiba kepada malaikat,lalu malaikat itu pun bertanya :”Saudara mahu ke mana ?” Lelaki itu menjawab: “Saya ingin menziarahi sahabat saya yang tinggal di kampung ini .” Malaikat itu bertanya lagi :”Adakah saudara datang kepadanya kerana ada maslahat tertentu?: lalu lelaki itu menjawab :”Tidak ,saya datang kepadanya semata –mata kerana mencintai sahabat saya itu kerana Allah.” Lalu malaikat menjawab :”Sesungguhnya aku ini utusan Allah yang di utus kepadamu bagi memberitahu bahawa Allah telah mencintai kamu sebagaimana saudara mencintai saudara itu kerana Allah.”




Dalam hadis ini,secara jelas Allah Taala ingin menunjukkan kepada manusia betapa besarnya hubungan persaudaraan di kalangan hambaNya.Sekiranya hubungan persaudaraan mereka itu timbul daripada keihklasan yang diikat dengan keimanan.Dengan erti kata lain,persaudaraan yang erat sesama muslim adalah dituntut kerana mereka berpaut kepada satu aqidah,tidak dikaitkan dengan kepentingan duniawi semata-mata.Hadis ini juga menganjurkan kepentingan ziarah-menziarahi sesama mereka yang seaqidah.

No comments: