Wednesday, November 25, 2009

cAMP D kUN DA SanG



kenangan di Kundasang........................

Sunday, November 22, 2009

dah LAMA.....tak upDATE..Sorry..

Assalamulaikum wrm wbt...
Sorry ..dah lama tak update..sejak mai labuan nih......

Tuesday, September 29, 2009

KENANGAN .....raya....raya..rayaa...






SELAMAT HARI RAYA...JANGAN LUPA..PUASA 6 OKEH....

Wednesday, September 16, 2009

KULLU 'AaMIN WA ANTUM BIKHAIR........mINAL 'Aa'IDEEN WAL FAiZIN



KAMI MENYUSUN JARI SEPULUH MEMOHON AMPUN DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN DI SEMPENA BULAN YANG MULIA INI.....SELAMAT HARI RAYA....ALLAHU ..AKBAR..ALLAHU AKBAR...ALLAHU AKBAR..WA LILLAHILHAMDI..semangat-semangat--jangan sedih--sedih
TAKBIR ORANG YANG BERJAYA GRADUATE SYAHRU RAMADAN ..TAKBIR KEMENANGAN
TAKBIR OARANG YANG TEWASSS...LESU DAN TAK BERMAYA....FIKIR-FIKIRKANLAH...

Wednesday, September 9, 2009

BONUS RAYA........YE...YE...YEEE

TAWARAN HEBAT..TAWARAN HEBAT SEMPENA HARI RAYA AKAN DATANG
Alhamdulillah.....walaupun tak dapat bonus dari kerajaan Najib (sebab dah benkrap : baru ni makan manik ,pas tu makan pasir hmmm... pas ni makan pinang la pulak he..he..he..) tapi kita masih beruntung sebab masih ada yang sentiasa mengingati dan mengasihi kita...Allah ...Allah yang tidak pernah lupa akan hambanya yang taat. lantaran disediakan Tawaran Hebat menjelang Hari Raya...siap dapat bonus yang berlipat-lipat ganda tu...Masyuk..masyuk..
Allah sentiasa mengingati hambanya...tapi kita bagaimana???? adakah kita sentiasa ingan kepada Allah setiap ketika?? ingatlah sejengkal kita mengingati Allah, Sehasta Allah ingat kita..SUBHANALLAH...ALLAHU AKBAR!!

Jadi buat ape kita mengharap daripada pemimpin yang tak ingat kat kite lebih baik kita ingat Allah yang sentiasa ingat kepada kita...kan..kan...kann

Thursday, September 3, 2009

SELAMAT....SELAMAT...

SELAMAT BERPUASA...SEMUA...BUKAN BERPUAS-PUAS ....
'ADAKAH KITA AKAN BERTEMU LAGI DENGAN RAMADHAN AKAN DATANG?'
HIDUPKAN RAMADHAN DENGAN AMALAN MULIA..INSYAALLAH..
ANAK-ANAKKU DI SMTPD
"DO THE BEST YOUR TRIAL EXAM"
KAMI DOAKAN KEJAYAAN KALIAN DARI JAUH.......

Wednesday, August 19, 2009

Ukhuwwah itu indah





































Wednesday, July 29, 2009

Ukhuwwah itu indah











Dalam kesempatan yang berharga ini,marilah kita merenungi sepotong hadis yang mempunyai erti besar dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim,apatah lagi bagi mereka yang melibatkan diri dalam harakah Islamiyyah.
عن أبي هربرة عن النبي صلى الله عليه وسلم أن رجلا زار أخاه في قرية أخرى فأرصد الله له على مدرجته ملكا,فلما أتى عليه, قال أين تريد,قال : أريد أخالي في هذه القرية,قال هل لك عليه من نعمة تربهاز قال :لا غير أني احيبته فى الله عز وجل قال : فاٍ ني رسول الله اليك بأن الله قد أحبك كما احيبته فيهز
(رواه مسلم _صحيح مسلم بشرح النووي , باب فضل الحب في الله تعالى – ج 16 ص123)

Maksudnya :
“Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w.:
Seorang lelaki menziarahi sahabatnya di sebuah kampung yang lain, lalu Allah memerintahkan seorang malaikat menunggunya di pertengahan jalan.Tatkala lelaki itu tiba kepada malaikat,lalu malaikat itu pun bertanya :”Saudara mahu ke mana ?” Lelaki itu menjawab: “Saya ingin menziarahi sahabat saya yang tinggal di kampung ini .” Malaikat itu bertanya lagi :”Adakah saudara datang kepadanya kerana ada maslahat tertentu?: lalu lelaki itu menjawab :”Tidak ,saya datang kepadanya semata –mata kerana mencintai sahabat saya itu kerana Allah.” Lalu malaikat menjawab :”Sesungguhnya aku ini utusan Allah yang di utus kepadamu bagi memberitahu bahawa Allah telah mencintai kamu sebagaimana saudara mencintai saudara itu kerana Allah.”




Dalam hadis ini,secara jelas Allah Taala ingin menunjukkan kepada manusia betapa besarnya hubungan persaudaraan di kalangan hambaNya.Sekiranya hubungan persaudaraan mereka itu timbul daripada keihklasan yang diikat dengan keimanan.Dengan erti kata lain,persaudaraan yang erat sesama muslim adalah dituntut kerana mereka berpaut kepada satu aqidah,tidak dikaitkan dengan kepentingan duniawi semata-mata.Hadis ini juga menganjurkan kepentingan ziarah-menziarahi sesama mereka yang seaqidah.

Tuesday, July 28, 2009

DOA PERPISAHAN


Doa Perpisahan



Pertemuan Kita Di Suatu HariMenitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci




Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi

Dugaan Yang Menimpa Diri

Bersabarlah Di Atas Suratan

Ku Tetap Pergi Jua





Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu


Mencari Hidayah Daripada Mu

Dalam Mendidikkan Kesabaranku

Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu

Di Atas Perpisahan Ini


Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu

Menjadi Ingatan Setiap Waktu

Tanda Kemesraan Bersimpul Padu

Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu



لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه مايحب لنفسه"
(رواه البخارى)



Sabda Rasulullah s.a.w :Tidak beriman (sempurna) seseorang kamu,sehingga dia kasihkan (sesuatu) kepada saudaranya apa yang dia kasihkan untuk dirinya sendiri.

Wednesday, July 15, 2009

BERITA PANASSS..


Berita yang kami terima Isnin baru-baru ini benar-benar menyesakkan dada....perasaan kami bercampur baur...terkezuut (istilah bebudak sekarang ni).. suka..sedih....blur....ntah..macam-macam lagi ..NAMUN kami benar-benar bersyukur dengan khabar yang kami terima itu adalah khabar gembira..orang kata rezeki baby yg bakal lahir bila-bila masa dari sekarang..



" Tuan/puan akan berkhidmat di WP Labuan sebagai pensyarah Kolej Matrikulasi Labuan "

" Tuan terpilih untuk lantikan GC mulai 23.02.09...surat on da way"

ini seriuss.............
(ala2 wonderpet kartun kesukaan iffah dan wafa dan ummi juga)
itu antara bait-bait berita yang kami terima ...Alhamdulillahi robbil 'aalamin




Wednesday, July 1, 2009

KELUARGA SAKINAH



Tuesday, June 30, 2009

APA ADE DENGAN 30HB.........

BABY NI DAH 32THN...(ALLAH SELAMATKAN...KAMU 8x)

PENGANTIN NI BARU 8 THN HIDUP BERSAMA....(DOAKAN KAMI)


Semoga Allah mencintai kamu yang cinta kepadaku
keranaNya
.’
(HR. Abu Dawud dengan sanad yang shahih 4/333)

ALLAYARHAM BAPA MERTUAKU .....3 thn kembali ke RahmatuLlah Al-Fatihah...
(gambar tak dapat disiarkan)

Monday, June 29, 2009

AL-FATIHAH

Ya ALLAh tempatkanlah rohnya dikalangan orang yang beriman









InnaliLLahi wa Inna ilaiHi raji'uun





Tanggal 20 JUN 2009/26 Jamadil akhir 1430H jam 10.05pg 'Wan'ku (nenek), telah kembali ke rahmatullah..setelah terlantar sakit lebih kurang 2 bulan. Sedih mengenangkan saat-saat bersama 'wan' . Wan seorang nenek yang sayangkan cucu-cucunya. Namun kita kena redha dengan ketentuan Ilahi. Kematian Pasti AKan menemui kita, keluarga kita atau saudara mara kita.








maksud Firman Allah surah aali imran :185:
Setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati

Allahyarham "WAN" terlantar sakit (belakang Wafa)





Ya Allah, ampunilah dia (mayat), berilah rahmat
kepadanya, selamatkan dia, ampunilah dan
tempatkanlah di tempat yang mulia, luaskan
kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air
ais. Bersihkan dia dari beberapa kesalahan,
sebagaimana Engkau membersihkan baju yang putih
dari kotoran, berilah rumah yang lebih baik dari
rumahnya (di dunia), berilah keluarga yang lebih baik
daripada keluarganya (di dunia), isteri (atau suami)
yang lebih baik daripada isterinya, dan masukkan dia
ke syurga, jagalah dia dari siksa kubur dan neraka
.’
(HR. Muslim 2/663)





Tuesday, June 16, 2009


10 Wasiat Imam Syafie


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”
PERTAMA: HAK KEPADA DIRI .Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.


KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.


KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.


KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.WIaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWTIaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Ya Allah… berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu…Amin..”

Monday, June 15, 2009



BERUK.......................




Beruk!
Pukul lapan tiga puluh minit masing-masing masuk bertugas. Cikgu Sunan masuk ke dalam darjahnya, darjah lima. Ketua darjah melaung kuat suruh murid-murid bangun. Masing-masing bangun, tapi sama seperti berbaris tadi. Malas. Cikgu Sunan tidak ambil pusing hal itu.
Separuh masa sudah berlalu. Cikgu Sunan membuat soalan kira-kira yang lain. Tiba-tiba seorang murid masuk senyap-senyap dan duduk di bangku paling belakang. Dia terlewat datang. Cikgu Sunan sedar. Dia memerhati murid itu dengan pandangan tajam, sehingga mata murid itu tidak kuasa menentangnya.
Semakin lama Cikgu Sunan memerhati, murid itu mulai gelisah. Dia pura-pura mencari sesuatu di dalam mejanya. Menggaru-garu betis yang basah dengan air embun. “Alias! Mari sini!” Cikgu Sunan memanggil murid yang datang lambat itu dengan bengis.
Murid yang bernama Alias itu bangun lambat-lambat, kemudian melangkah perlahan-lahan ke depan. Dia tahu, sebentar lagi dia pasti akan menerima habuan. Dan kawan-kawan yang lain pun sudah menduga yang Alias akan menerima habuan. Begitu selalunya.
“Berdiri di situ!” perintah Cikgu Sunan sambil jari tunjuknya menunjuk ke tepi meja tulis. Dia kembali menulis soalan-soalan di papan hitam. Alias berdiri di tepi meja dengan hati yang berdetap-detap. Bimbang. Takut. Gentar. Dia tidak dapat menduga apakah hukuman yang akan dijatuhkan oleh Cikgunya nanti akibat dia datang lambat.
Tapi kali ini dia bercadang, dia akan berterus terang saja. Dia akan bercakap benar walaupun tidak diterima oleh Cikgu Sunan.
“Mari dekat sini, Lias!” perintah Cikgu Sunan apabila dia selesai menulis soalan. Punggungnya yang lebar itu dihentak ke kerusi. Murid yang bernama Alias ini mendekat sedikit. Dia cuma memakai seluar dan baju tanpa dua biji butang bawah. Rambutnya tidak disikat. Berkaki ayam. Betisnya bercalar-calar diguris oleh duri lorong denai yang dilaluinya.
Cikgu Sunan memerhati dari atas ke bawah. Jijik sekali. Rupa bentuk dan pakaian muridnya ini sungguh-sungguh tidak berbeza sejak darjah empat dulu lagi. Alias tidak berani memanggung kepala apabila Cikgu Sunan memerhatinya tanpa berkata sepatah pun. Kaki kanannya menenyeh-nenyeh kaki kiri. Gatal. Jarinya memintal-mintal kaki seluarnya yang lusuh itu.
“Kenapa kau datang lambat?” Akhirnya Cikgu Sunan bersuara. Alias tidak menjawab. Dia tahu walau bagaimana benar sekalipun jawapannya, dia akan kena habuan juga. Dia tahu hukuman yang akan dijatuhkan kepadanya bukanlah berdasarkan sebab-sebab sama ada rumahnya jauh atau aral yang lain. Tapi kerana dia datang lambat.
“Hei beruk! Saya tanya kenapa kau datang lambat?” Cikgu Sunan hampir-hampir memekik.
Alias diam. Dia masih tunduk juga. Panggilan “beruk” kepadanya bukanlah sekali itu sahaja dan bukan sekadar cikgu Sunan seorang. Di sekolah dia sudah masyhur dengan panggilan “beruk” sebab dia membela seekor beruk.
“Pandang sini!” sergah Cikgu Sunan sambil mengangkat dagu Alias dengan pembaris panjang. Alias memanggung kepala. “Saya tanya kepada kau datang lambat?”
Dengan suara tergagap-gagap bercampur takut, Alias menjawab, “Beruk… beruk saya putus rantai, cikgu!”.
“Haaa, kalau dah putus apa yang kau buat?”. Cikgu Sunan bertanya keras. Memang dia tidak pernah beri muka kepada murid-muridnya.
“Saya cari, cikgu!”.
“Dah jumpa?”.
Alias angguk. Tersenyum.
“Sebab itu kau datang lambat?”
Angguk juga.
”Kau lebih pentingkan beruk daripada sekolah ya? Sebab tu kau pun macam beruk”. Cikgu Sunan berleter. Muka Alias dipandang dengan jijik.
“Saya sayangkan beruk saya cikgu. Dia kawan baik saya!” kata Alias dengan jujur.
Marah Cikgu Sunan naik meluap. Jawapan Alias itu sungguh menyakitkan hatinya. Dia menggaru-garu. Tubuh kurus Alias dipandangnya, bagai seekor semut.
“Kau nak main-mainkan saya, ya?” Cikgu Sunan menahan marah. Matanya bersinar-sinar.
“Tidak cikgu, saya…”
“Sudahlah!” Tiba-tiba Cikgu Sunan menempik, Serentak dengan itu satu penampar kuat hinggap di telinga kanan Alias. Alias terhuyung-hayang. Tapi tidak mengangis. Telinganya terasa bengang. Pendengarannya berdengung. Mukanya merah. Dengan langkah yang lesu dia kembali duduk di kerusi. Kawan-kawan diam membisu. Masing-masing menumpukan perhatian kepadanya.
“Cuba kamu tengok beruk tu! Tak malu. Malas! Kamu semua jangan jadi beruk macam dia!” Cikgu Sunan bersyarah kepada murid-muridnya yang lain. Murid-muridnya diam membisu. Sekali-sekala mereka berpaling melihat Alias yang malang itu. Tapi pada Alias macam tidak ada apa-apa yang terjadi. Kalau tadi dia asyik tunduk, kali ini dia memanggung mukanya dan berwajah tenang. Begitu pun di kelopak matanya ada air yang bertakung.
Tiga hari sesudah itu Alias tidak datang ke sekolah. Daripada desas desus murid-murid yang lain, Cikgu Sunan mendapat tahu Alias sudah berhenti. Dengan tiba-tiba, dada Cikgu Sunan diserkup sayu. Sedih dan kasihan. Dia terasa macam ada suatu dosa yang telah dilakukannya terhadap Alias.
Beberapa ketika dia termenung. Dia tahu perbuatannya salah dari segi undang-undang. Tapi hari itu dia sungguh tidak tahan. Alias telah ponteng bukan sekali dua. Apabila ditanya cuma beruknya saja yang menjadi alasan. Mana hati tidak geram. Tapi apabila dia mendapat tahu bahawa Alias berhenti, perasaan hibanya tidak dapat dikawal lagi. Dia berasa tanggungjawabnya pula untuk menarik Alias supaya belajar semula hingga tamat. Dia menyesal.
Tengah hari itu Cikgu Sunan tidak terus pulang ke rumahnya. Selepas bertugas dia meminjam basikal seorang muridnya dan terus pergi ke rumah Alias yang terletak sejauh empat kilometer itu. Dia tidak memberitahu guru besar. Biarlah hal itu dia selesai sendiri. Untuk sampai ke rumah Alias, Cikgu Sunan terpaksa melalui lorong sempit yang boleh dikatakan denai. Di kiri kanan lorong itu banyak pokok “keman malu” dan senduduk. Berlopak-lopak. Tidak ada orang lalu-lalang.
Kampung tempat tinggal Alias sangat-sangat terpencil. Sekali-sekala terlintas juga di hati Cikgu Sunan, bahawa memang patut Alias tidak datang selalu ke sekolah. Kalau dia sendiri pun jadi Alias dia tentu tidak datang ke sekolah. Sekali lagi perasaan menyesal menumbuk di hatinya kerana perbuatannya itu tidak diselidik lebih dulu. Akhirnya sampai juga Cikgu Sunan. Dia terpaksa menyeberangi sebatang titi melintasi sebuah parit yang selebar tiga meter.
Alias tidak ada. Berkali-kali Cikgu Sunan memanggil, tapi senyap saja. Tiba-tiba seorang tua menjenguk dari lubang tingkap. Orang tua itu menjemput Cikgu Sunan naik. Cikgu Sunan menolak perlawaan itu, tapi berkali-kali pula orang tua itu menjemputnya. Akhirnya Cikgu Sunan mengalah apabila orang tua itu memberitahu yang dirinya lumpuh, tidak dapat turun.
Sekali lagi rasa sebak menyerang dada Cikgu Sunan. Rupa-rupanya kesulitan Alias berbagai-bagai jenis. Terasa mahu dikerat tangannya yang ganas itu.
“Alias ke mana mak cik?” tanya Cikgu Sunan. “Entah, dia turun dari rumah tadi pukul sepuluh. Katanya dia nak petik buah kelapa di hujung kampung”.
“Dia panjat pokok kelapa?”
“Takkk, dengan beruknya tulah. Itulah pencariannya sejak mak cik lumpuh,” terang ibu Alias dengan hiba. Di atas alang rumah itu terdapat buku-buku Alias. Dindingnya tembus di sana sini. Tidak ada apa yang boleh dinamakan perhiasan. Cuma satu cermin bulat sebesar tempurung jantan.
“Dah lama mak cik lumpuh?” tanyanya. “Dah hampir setahun,” terang orang tua itu lagi. Cikgu Sunan yang duduk di muka pintu sahaja itu mengangguk-angguk. Rasa simpati kepada Alias semakin tebal.
“Saya datang ni nak tau. Mengapa Alias tak ke sekolah lagi?”.
“Entahlah. Katanya dia tak sekolah lagi. Telinganya sakit”.
Cikgu Sunan termenung panjang. Wajahnya berkerut. Sedang dia termenung itu tiba-tiba dia melihat Alias pulang, beruknya di atas bahu. Alias membimbit dua biji kelapa.
“Haa, itu pun dia dah balik,” kata Cikgu Sunan dengan tersenyum. Orang tua itu menjengguk dari lubang tingkap. Dia menyambut kepulangan anaknya dengan pandangan mata saja. Lebih daripada itu dia tidak terdaya. “Begitulah kerjanya setiap hari sejak bapaknya meninggal,” kata orang tua itu dengan sedih.
Alias yang sudah hampir sampai ke rumahnya itu terhenti seketika apabila melihat ada orang di muka pintu rumahnya. Dia macam tidak percaya orang itu ialah Cikgu Sunan. Tapi apabila dia sudah pasti benar, segera dia melepaskan buah kelapa yang dipegangnya. Beruknya diletakkan ke tanah dan dia terus meluru mendapatkan Cikgu Sunan. Dia senyum girang. Bersalam tangan.
Beruk yang ditinggalkannya itu melompat-lompat. Berkereh-kereh bunyinya, kerana orang yang berada di muka pintu rumah tuannya itu belum pernah dilihatnya.
“Dia lama cikgu sampai ?” tanya Alias. “Baru sekejap,” jawab Cikgu Sunan.
Keramahan Alias sungguh mengejut Cikgu Sunan. Beruk yang ditinggalkan oleh Alias di halaman rumahnya itu melompat-melompat dengan suara garang. Alias menempik beberapa kali supaya diam, tapi beruk itu tetap melompat juga. Dia tidak kenal orang itu guru kepada tuannya.
Cikgu Sunan terpandang telinga kanan Alias. Telinga itu merah dan bengkak nampaknya. Dari lubangnya meleleh benda putih. “Dekat sini Alias,” kata Cikgu Sunan dengan lembut.
Alias mendengar kata-kata itu berlainan sekali dengan perintahnya semasa sekolah. Kata-kata itu macam, kata-kata orang yang menyayanginya. Dia mendekatkan kepalanya kepada Cikgu Sunan.
“Senget sedikit kepala kau”. Cikgu Sunan berkata lagi. Alias menyengetkan kepalanya. Cikgu Sunan memegang kepala Alias dan menekannya sedikit untuk memastikan telinga Alias yang sakit itu. Tapi dengan tiba-tiba beruk yang sedang marah-marah dan melompat-lompat di halaman tadi, melompat naik lalu menggigit tangan Cikgu Sunan. Beruk itu menyangka orang itu akan menyakiti tuannya. Cikgu Sunan mengadu sakit. Tangannya berdarah. Beruk masih bergelut. Suasana menjadi kelam-kabut. Alias menempik beberapa kali supaya beruk berlalu. Tapi tempiknya tidak diendahkan oleh beruknya. Beruk itu terus menyerang Cikgu Sunan. Demi untuk menyelamatkan Cikgu Sunan, Alias mencapai sebatang lembing yang digunakan untuk menghimpun buah-buah kelapa, lalu dengan sekuat-kuat hatinya dia meradak lembing itu ke perut beruknya. Cuma itulah saja yang boleh menyelamatkan gurunya.
Beruk yang garang itu menjadi lemah. Terlentang di atas lantai. Sebelum menghembus nafasnya yang terakhir, mata hitamnya memandang kepada Alias dengan sayu. Kelopak mata yang berbulu itu tergenang air jernih. Alias terpaku seketika. Ibunya juga tidak berkata apa-apa. Cikgu Sunan menahan darah di lengannya dengan sapu tangan. Tapi darah yang keluar di lengannya tidaklah sama dengan darah beruk yang telah diradak lembing tadi.
Suasana sepi. Cikgu Sunan memandang Alias, Alias memandang beruknya bagai satu mimpi. Dan ibu tua itu memandang anaknya dengan satu tafsiran yang asing. Alias tidak dapat menahan perasaannya. Dia menangis tersedu-sedu. Air matanya berderai keluar, jatuh menimpa di atas tubuh beruk kesayangannya. Dia bangun lambat-lambat. Matanya memandang ibunya. Ibu tua itu tetap membisu. Dia tersedu-sedu.
“Terima kasih Alias.” Tiba-tiba dalam kesepian itu Cikgu Sunan berkata. Darah di lengannya masih juga keluar.
“Cikgu sakitkah?” tanya Alias antara sedu-sedannya.
“Tak mengapa, sikit saja. Err, saya balik dulu Lias.” kata Cikgu Sunan, lalu turun dari rumah itu.
“Cikgu…”
“saya minta maaf’,” kata Alias sebaik saja Ckgu Sunan memijak tangga bawah.
“Tak apa…. tapi kau mau ke sekolah lagi?”
Alias duduk. Kaku. Sedih.
“Lebih baik kau ke sekolah, hingga darjah enam” Cikgu Sunan memberi nasihat.
“Saya tidak dapat ke sekolah lagi Cikgu.” Tiba-tiba Alias menjawab sayu.
“Kenapa?”
“Beruk… Saya mencari makan dengan beruk itu cikgu.”
Dada Cikgu Sunan bagai ditikam lembing berkarat. Perkataan Alias benar-benar menusuk hatinya. Barulah dia tahu, bahawa beruk itu pada Alias merupakan tali perhubungan nyawanya selama ini.
Dia melangkah pulang dengan dada yang sebak. Tapi Alias yang terpaku di ambang pintu lebih pilu lagi.
Azizi Hj AbdullahDewan Bahasa, Disember 1970

Sunday, May 10, 2009

hari guru

Dedikasi buat semua Guru
- SELAMAT HARI GURU-
Dulu kau bagai raja
Namamu dipuja di singgahsana
Dijaja penuh sopan mulia
Kemana pergi
Ada insan mengiring menanti
Kini kau masih jua raja
Namun punya rakyat yang tak setia
Jua ramai penderhakanya
Istana Hulubalang
Dan dayang-dayang khayalan cuma
Titah perintah
Tiada penyambutnya
Di hadapan mu sekadar patung
Punya naluri kosong
Minda seakan rentung
Termamah api tanpa puntung
Rakan Guru"Selamat Hari Guru"
Ucapan itu lembut dan sayu
Namun kedengarannya
Bukan dari anak didikmu
Tapi dari sebak rasa
Rakan sekelana
Sekadar pelerai kekusutan cuma
Esok kita kan kembali semula
Pada ladang
Pada padang yang kian sepi
Mengumpul menyusun
Serpihan jerami
Untuk kita tenun
Menjadi permaidani
Lalu kita hamparkan
Buat simpuhan
Anak didik yang memerlukan
Yang masih punya peradapan
Dan mengerti hari hadapan
Penuh cabaran

Namun rakan guru semua
Ini bukan masa meratap
Generasi kita semakin ranap
Usah lagi ditangis hiba
Segalanya kehendak era
Kita bukan warisan kosmopolitan
Mudah longlai dengan keperitan
Kita adalah pejuang
Tinggalan dan mangsa
Penjajah petualang
Punya visi dan kegagahan
Biar tersalut di dada kita
Kepahitan dan penderitaan
Akan terus kita telan

Guru,
Kita tetap punya tekad waja
Membangun nusa
Ayuh terus mara
Meski rona-rona sekitar kita
Kabur warnanya
Kita masih punya tinta
Buat penjana idea



al-fakir ila Llah
[khairil_azuar@smtpd.edu.my]
syukhair

Monday, January 19, 2009

Berdoalah......dan berboikotlah....




Sidang Jumaat,RahimakumuLlah,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya pertolongan Allah amat dekat dengan orang yang bertakwa. Supaya dengan itu, kita mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Tuan- tuan yang dirahmati Allah,

Hari ini, merupakan hari ke 21 semenanjung Gaza dizalimi oleh Zionis Laknatullah.dan khutbah minggu ini juga khutbah yang ketiga membicarakan tentang Palestin dan Kedaulatan Islam. Dan hari ini, ketika ini dan hingga ke saat ini Kita terus dikejutkan dengan laporan-laporan akhbar dan media elektornik yang menyatakan bahawa rejim zionis telah memuntahkan bertan-tan bom ke atas tanahair sahabat-sahabat seagama dengan kita di bumi Ghazzah Palestin hingga angka korban terus meningkat ke 1100 lebih nyawa termasuk kanak-kanak,wanita dan orang-orang tua dan mencederakan ribuan penduduk.dan Kita juga dipaparkan dengan gambar dan visual saudara-saudara kita diperlakukan lebih hina dari binatang. Mayat wanita, golongan tua dan kanak-kanak bergelimpangan di atas jalan seolah-olah nyawa mereka tidak bernilai lansung.
Firman Allah :

fÛYÅSTÖ WÝÿY¡PVÖ@… N…èS£WÉW{ ?ÝYÚ õøYÞWTŠ WÔÿYò;.W£TTóªMX… uøVÕWÆ g܆fTTTT©YÖ W ISè…W øW©~YÆWè XÝ`TŠ@… &ðyWTÿó£TWÚ ðÐYÖ.V¢ †WÙYTŠ N…éW±WÆ N…éST߆W{QWè fûèSŸWT`ÅWTÿ (78)
N…éST߆W{ ‚W fûóéWå†WÞWTTWÿ ÝWÆ w£WÞTQSÚ &SâéSTÕWÅWTÊ f¨`LùX‰VTÖ †WÚ N…éST߆W{ fûéSTÕWÅpTÉWTÿ (79)

Orang2 yahudi dari bani Israel telah dilaknat oleh Allah sprt yg tercatat di dalam Zabur dan Injil melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa bin Maryam. Ini kerana, mereka derhaka dan selalu melampaui batas, mereka tidak pernah mencegah perbuatan mungkar(derhaka dan melampau) yang mereka lakukan itu, betapa kejinya perbuatan mereka itu.
(Al maidah 78-79)


Tuan- tuan,
Jika khutbah yang lalu khatib telah menyarankan beberapa tindakan berbentuk segera yang mesti kita lakukan, antaranya dengan mengamalkan bacaan qunut Nazilah di dalam setiap solat farhdu sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis :
Dari Ibnu Abbas r.a menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w berqunut terus menerus di dalam solat Zohor, asar, maghrib ,isya’ dan subuh di akhir tiap-tiap kali solat, apabila baginda berkata ”sami’Allahu liman hamidah” di rakaat akhir, baginda mendoakan kehancuran ke atas penduduk kabilah Bani Salim,Ra’lun,zakum dan usyayah, dan makmum mengaminkannya, (Riwayat Abu Daud)
Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekelian, jika ditawarkan untuk berjihad bermandikan darah di Palestin sudah tentu kita akan memberikan pelbagai alasan atau takut. Jadi, berdoalah untuk mereka bacalah qunut nazilah sekurang-kurangnya kita turut sama mendoakan keamanan mereka dan umat Islam seluruhnya.

Tuan-tuan,
Begitu juga dengan anjuran boikot barangan terpilih yang menyumbang secara terus kepada perjuangan Yahudi laknatullah menzalimi umat Islam di Palestin,Hal ini, seolah-olah dipandang sepi malah masih ada yang memberikan pelbagai alasan ’umpamanya mengatakan kalau boikot pun bukan ada kesan pun’ begitu juga dengan nada sumbang ” kalau boikot kita nak makan atau pakai apa ?” Tuan-tuan saudaraku sekelian, Biar pun ramai yang sinis dengan idea boikot ini malah ade yang mengatakan ini adalah idea sampah ,Namun hakikatnya : halaman web Israeli Products . Com (http://www.israeliproducts.com/) boleh menjadi salah satu jendela untuk kita menjenguk reaksi regim Zionis terhadap kempen boikot yang berlangsung di seluruh dunia.
There is suffering and crushing poverty in much of Israel today. Self defense is expensive. Rebuilding war-ravaged lives, homes and businesses requires support. Most social services have been reduced drastically. Over 1.5 million people in Israel live below the poverty line. One in every three Israeli children is growing up poor- without enough food, without dental care, or shoes that fit. This store is our small attempt to make a difference. Our goal is to make high quality Israeli products easier to find and purchase for U.S. consumers. We urge our customers to support both America and Israel by purchasing MADE IN U.S.A. and MADE IN ISRAEL products whenever possible.
Antara lain web ini menyatakan betapa hari ini mereka tertekan dengan kempen boikot yang menyebabkan mereka tersepit dan mengalami kesempitan hidup.
Jadi sidang jumaat sekelian Boikot produk jangan dipandang sampah.sebaliknya menjadi tanggungjawab kita sebagai muslim berusaha untuk boikot. Kalau produk minuman Yahudi dan a.s anggaplah kita minum darah saudara kita sendiri, kalau makanan anggaplah kita memakan daging saudara Islam kita sendiri, jika menghisap rokok anggaplah bau rokok itu umpama bau mayat-mayat kanak-kanak yang tidak berdosa, begitu juga pakaian anggaplah pakaian itu kain kapan buat anak-anak dan rakyat palestin yang mati.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah:
Ambillah iktibar dengan apa yang berlaku hari ini, muhasabahlah diri kita dimana kekuatan kita hari ini, Apa yang berlaku memberikan kita tanda bahawa pentingnya kita beramal soleh yang memberi kesan kepada doa kita dan begitu juga tentang betapa pentingnya kita umat Islam bersatu padu dalam melawan musuh Allah.Disamping umat Islam hari ini perlu bersiap sedia setiap masa sama ada dari sudut treknologi ketenteraan, penguasaan ekonomi dan yang lebih penting kekuatan rohani kita untuk sentiasa dekat dengan Allah
Firman Allah :
Yang Bermaksud: "Dan bersiap sedialah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya." (Al-Anfaal:60

Khutbah Kedua :
Bertaqwalah kita kepada Allah s.w.t. dengan bersungguh-sungguh melakukan segala kebaikan dan bersabar meninggalkan segala tegahan. Marilah kita terus mendoakan agar Allah s.w.t. mengurniakan keamanan dan kesejahteraan kepada keadaan di Timur Tengah. Seperti yang kita maklumi, keadaan di Gaza semakin hari semakin membimbangkan. Jumlah nyawa yang terkorban dan mereka yang tercedera semakin meningkat. Ramai penduduk Gaza kehilangan tempat berteduh dan ketandusan makanan.

Sebagai umat Islam yang cintakan keamanan dan menghargai kesejahteraan, kami berharap agar semua pihak terbabit menghentikan serangan yang amat membimbangkan ini. Keadaan ini akan hanya bertambah lebih buruk jika pihak yang bertelagar tidak mahu mencapai satu persetujuan untuk menyelesaikannya dengan aman dan damai. Dalam apa keadaan sekalipun, hak kemanusiaan perlu dijaga dan nilai jiwa manusia terutama orang awam mesti dihormati. Segala pertimbangan hak asasi manusia dan setiap ajaran agama tidak akan menerima apa jenis keganasan yang mengorbankan orang awam dan golongan-golongan lemah.

Marilah sama-sama kita berdoa agar keadaan di Gaza akan menjadi baik, agar setiap rakyat yang tertindas diberikan perlindungan yang secukupnya, dan agar bantuan kemanusiaan dapat sampai kepada mereka yang memerlukan.


Allaahumma ya Aziz ya Muntaqim!, satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan yang satu, demi mempertahankan tanah suci Baitul Maqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di Akhirat nanti. Lembutkanlah hati- hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin.Ya Allah hancurkanlah Kekuatan Zionis laknatuLlah.
ربنا اتنا في الدنيا حـسنه و في الاخيرة حـسنه و قنا عذاب النار


Sunday, January 11, 2009

waFa



comelnya Wafa

Islamic Hijri Calendar

Take a look at this:
http://al-habib.tripod.com/islamic-clock/loveallah03.htm

Monday, January 5, 2009

YA ALLAH " IHZHIMHUM " YAHUDI LAKNATULLAH

Tuan-tuan, Saudaraku yang dikasihi,
Bertaqwalah kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa. Antara tanda seorang itu bertaqwa kepada Allah s.w.t adalah cinta dia terhadap Allah s.w.t dan juga Rasulullah s.a.w. Cintailah Baginda dengan banyak membaca AlQuran. Kerana melalui Al Quran sahaja dapat kita benar-benar mengenal Baginda Rasulullah s.a.w.

Tuan- tuan yang dirahmati Allah,

Hari ini, bahang sambutan tahun baru masih lagi terasa sama ada tahun baru Hijri mahupun Masihi. Selamat tahun baru dan Kullu Am wa antum bikhair, dalam kemeriahan kita menyambut tahun baru dengan berbagai cara, ada yang dengan berkumpul mengadap jam beramai-ramai untuk cauntdown, ada yang melalui parti-parti di kelab, ada yang menyambutnya dengan konsert-konsert begitu juga dengan rancangan-rancangan tv yang menyajikan pelbagai rancangan menarik katanya.....Namun jangan sekali-kali kita lupa dengan nasib saudara kita di Palestin yang dizalimi oleh kekejaman yahudi dan zionis laknatuLlah alaih. Jika di Malaysia, kita bersorak dengan teriakan happy new year, namun di sana di sambut dengan teriakan dan tangisan ketakutan dan menangisi kematian di depan mata. Jika di sini kita bersorak tatkala percikan bunga api berdentum namun di sana dentuman itu menambahkan rasa trauma ketakutan yang amat sangat. Sesungguhnya kekejaman yahudi laknatullah adalaH melampaui batas.



Firman Allah :


"Orang2 yahudi dari bani Israel telah dilaknat oleh Allah sprt yg tercatat di dalam Zabur dan Injil melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa bin Maryam. Ini kerana, mereka derhaka dan selalu melampaui batas, mereka tidak pernah mencegah perbuatan mungkar(derhaka dan melampau) yang mereka lakukan itu, betapa kejinya perbuatan mereka itu."
(Al maidah 78-79)

Tuan- tuan,
Hari ini Palestin sekali lagi bermandikan darah setakat hari ini sejak 27 Disember atau 1 muharram 1430 lalu hingga kini hampir 500 orang awam terbunuh termasuk kanak-kanak dan wanita, manakala beribu-ribu lagi cedera tanpa bekalan ubatan mencukupi.Jika kita hari ini enak menikmati bonus dan gaji yang mencukupi ketahuilah mereka disana bertugas setahun tanpa gaji, di sini kita bermewah dengan jalan-jalan cari makan di sana mereka berpuasa menahan lapar. Jika di sini kita bersinar-sinar diterangi cahaya sportligh dan lampu berwarna warni mereka di sana bergelap tanpa bekalan elektrik.Jika di sini anak-anak kita bergembira dengan pakaian dan peralatan baru persekolahan namun di sana anak-anak kecil kecewa sekolah turut menjadi sasaran serangan.

Tuan-tuan semua ini berlaku adalah angkara kezaliman Yahudi laknatullah alaih dan sekutunya Amerika yang mengadakan sekatan ekonomi terhadap palestin.

Yang penting kini apa tindakan kita ,
La hawla wal Quwwata Illah billah, bantuan terpantas dari kita buat masa ini adalah qunut nazilah, serta doa dan solat hajat buat umat Islam Palestin dan moga Allah s.w.t menghancurkan tentera Israel dengan tentera MalaikatNya. Jika doa Muslim Palestin tidak mencukupi bagi mendapatkan kemaqbulan di ketika ini, marilah kita sama-sama dengan segera membantu mereka, di harap doa kita mampu membantu mereka dalam kadar segera. InsyaAllah selepas solat jumaat nanti kita sama-sama akan adalah solat hajat beserta bacaan qunut nazilah semoga tuan-tuan dapat berjemaah bersama.
2) Para jemaah hendaklah banyak mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan perbuatan maksiat. Ini kerana Allah hanya akan menerima doa-doa mereka yang suci dari dosa dan juga doa-doa mereka yang dekat dengannya.3) Para jemaah juga hendaklah berusaha memberikan kesedaran kepada sanak saudara, rakan taulan, rakan sekerja dan juga masyarakat sekeliling tentang kesengsaraan umat Islam di Palestin, penjajahan Yahudi ke atas masjid suci ketiga mereka dan juga kiblat pertama umat islam dan berusaha menyedarkan mereka terhadap tugas mereka dalam usaha mereka untuk membantu dan membebaskan masjid al-Aqsa dari penjajahan Israel.4) Para jemaah juga hendaklah menghulurkan zakat, sedekah, derma dan sumbangan kepada tabung-tabung Palestin, NGO-NGO Islam yang menjalankan usaha kebajikan untuk membantu umat Islam di Palestin dan juga sesiapa sahaja yang melakukan usaha membantu saudara mereka di Palestin.Bagi kita di Kg Paya salurkan ke tabung Aman Palestin yang diletakkan di kedai Yakin Mart 5) Para jemaah juga diseru agar memboikot barang-barang keluaran Israel, kerana dengan kekuatan ekonomilah mereka menghancurkan umat Islam dan masjidil Aqsa di Palestin. Begitu juga para jemaah juga diseru agar memboikot juga barang-barang keluaran Amerika Syarikat yang merupakan sekutu utama dan pembekal senjata kepada Israel untuk membunuh umat Islam. Ingatlah fatwa Dr Yusuf al-Qaradhawi yang mengatakan: Seringgit yang kita gunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan seringgit untuk Israel membeli sebiji peluru untuk membunuh kanak-kanak Palestin. Contohnya boikot produk yang menyediakan dana untuk Yahudi seperti Jonson n Jonson– Nestle – DKNY – produk rokok berjenama seperti dunhill, benson n hedges, salem dan winston maklumat lanjut tuan-tuan boleh semak senarai yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia di
http://www.muslimconsumers.org.com/6. Tidak mengabaikan golongan bukan Islam dalam membicarakan dan melibatkan diri dalam isu ini, di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.
Firman Allah :

'Wahai orang-orang yang beriman,mahukah Aku tunjukkan sebuah perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah, dengan hartabenda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahuinya'
(SURAH AS SAF 10-11)